PENGKALAN MAKLUMAT MENCARI KEKAYAAN

Jutaan ringgit bakal anda miliki dari sini

Mukaddimah

Hi semua…

Selamat berkunjung ke blog PENGKALAN MAKLUMAT MENCARI KEKAYAAN. Sebenarnya saya bukanlah pintar sangat menulis artikel atau apa bentuk sekali penulisan. Saya terpanggil untuk mengadakan blog ini pun kerana pada masa ini saya sedang berhempas pulas menjerumuskan diri saya ke arena perniagaan internet. Terus terang saya katakan saya ini masih meneruskan aktiviti penyelidikan, membaca pelbagai artikel/ebook, melayari laman web yang berkaitan dengan semua bentuk perniagaan di alam siber ini seterusnya muat turun semua bentuk maklumat menjana wang dan kekayaan untuk saya jadikan perpustakaan di blog saya ini.

Ada beberapa program mencari atau menambah pendapatan yang saya sedang ceburi tetapi masih di peringkat kecil2an. Saya tidak mahu berbohong dengan membuat pengakuan yang saya ini sudah jutawan yang telah berjaya menjana ratusan mahupun jutaan ringgit hanya kerana ingin blog saya ini dikunjungi.

Blog ini saya ujudkan dengan tujuan:-

  • Berkongsi maklumat dengan pengunjung serta bertukar fikiran tentang bagaimana kita boleh meraih kejayaan mencari wang mahupun kekayaan menerusi perniagaan internet.
  • Blog ini akan menjadi perpustakaan maklumat terkini bahkan yang paling padat serta lengkap berhubung perniagaan internet “internet business”. Selama hampir 1 tahun saya telah berjaya menyimpan lebih dari 700 buah ebook, ribuan artikel dan newsletter, tutorial berkenaan perniagaan internet. Semua ini akan saya muatkan dalam blog ini samada ianya boleh di muat turun oleh pengunjung atau dalam bentuk pakej berbayar.
  • Blog ini juga akan memaparkan link-link halaman web perniagaan internet yang menawarkan perniagaan yang menjanjikan pulangan yang tinggi, cepat dan kurang/tidak berisiko. Link-link ini sentiasa dikemaskini dengan ulasan dari hasil penyelidikan saya serta testimonial dari sumber yang dipercaya.

dan banyak lagi yang saya fikir baik sesuai dengan hasrat saya untuk bersama-sama anda mencari peluang menjadi usahawan intenet yang berjaya dan menjadi jutawan. Oleh kerana blog ini baru diujudkan, saya sedar akan terdapat banyak kecacatan mahupun kekurangan tetapi saya akan berusaha menjadikan blog yang informatif dan produktif.

Sekian.

31 Januari, 2007 - DIkirim oleh azrulfirdaus | Mukaddimah | | 1 Komen

1 Komen »

  1. Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.

    Komen oleh Mr WordPress | 31 Januari, 2007


Tinggalkan komen

Anda pasti adalah telah log masuk untuk mempos komen,